( a) Didik hibur
Didik hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang melibatkan mendengar ,bertutur dan menulis.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Objektif Didik Hibur ialah semoga di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti murid-murid akan dapat memahami kepentingan hiburan dalam hidup kanak-kanak .Penggunaan beberapa kaedah kreatif dalam seni dan penggunaannya dalam meneroka jiwa murid-murid. Mengetahui percambahan kreatif dalam seni dan kepentingannya sebagai kaedah intervensi dalam proses pendidikan. Memahami penggunaan kreativiti dalam seni dan penggunaannya sebagai suatu kaedah rawatan dalam proses kaunseling.
Situasi
pengajaran dan pembelajaran dalam didik
hibur mempunyai:-
- Ada unsur kelakar,estetik,dan permainan muzik.
- Mengurangkan tahap kebimbangan murid
- Menantikan pengajaran yang seterusnya.
- Pembelajaran menarik
- Penglibatan menyeluruh
- Kepelbagaian deria
Pelaksanaannya boleh
dijalankan seperti berikut:
b(i) Proses gabungjalin dan
penyerapan
Contohnya:
- Pelbagai bidang ilmu serta tema
- Semangat kewarganegaraan dan nilai murni
- Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
- Kemahiran bernilai tambah
b (ii) Melalui lirik lagu
Contoh lagu kanak-kanak yang bertajuk "Rama-Rama"
Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,
Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.
b (iii) Bahasa indah
Contohnya:
Bentuk lakonan,bercerita
Skrip drama “Berbuat baik berpada-pada,berbuat jahat
jangan sekali”
Babak 1
Set dan arahan : Set
menunjukkan kawasan sebuah hutan. Di atas pentas kelihatan tiga ekor anak Kambing sedang makan
pucuk daun pokok-pokok renek. Kelihatan juga beberapa ekor semut sedang
memunggah makanan di celah-celah daun. Sebentar kemudian kelihatan ibu Kambing
berlari pantas ke arah anak kambing dalam keadaan cemas.
Ibu k
Kambing :Lari, lari, hutan
terbakar. Mari anak-anakku,
kita mesti menyelamatkan diri.
Semut dan keluarga ketakutan mendengar berita tersebut. Mereka segera mendapatkan Ibu kambing.
Semut :Hai, sahabatku Ibu Kambing, tolonglah bawa saya dan keluarga saya bersama. Badan dan kaki kami kecil ,tentu tidak dapat berlari pantas.
Kambing :Baiklah, sekarang cepatlah naik ke bahagian belakang badan saya. Kamu semua mesti memegang badan saya dengan kuat.
Ibu Kambing merendahkan badannya. Semut dan keluarganya memanjat badan Ibu Kambing. Setelah yakin semut memegang badannya dengan kuat, Ibu Kambing terus bergerak keluar hutan dan diikuti oleh anak-anaknya.
b (iv) Bahasa pantun- memahami pantun
Contoh-contoh
pantun:
Buah jambu masak,
masak tengah malam;
Apa kamu nampak,
nampak tabung ayam.
Buah jambu jatuh,
jatuh dalam paya;
Apa kamu taruh,
taruh duit raya.
Buah jambu hilang,
hilang dalam semak;
Apa kamu bilang,
bilang duit banyak.
b (iv) Bahasa badan.
Bahasa badan merupakan sebahagian daripada
proses komunikasi yang
menunjukkan reaksi- positif/negatif .Ianya meningkatkan
keberkesanan penyampaian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran .
Perwatakan guru mestilah menarik dan penggunaan
bahasa yang sesuai.Guru hendaklah mempelbagaikan intonasi suara dan dapat memberi arahan yang
jelas dan tepat.Guru mestilah seorang yg tajam daya pemerhatian dan fleksibel.
Pelaksanaan yang
dirancang hendaklah:
- Sesuai dengan tahap murid
- Pelaksanaan dan peruntukan masa yang sesuai
- Aktiviti yang dipilih tidak mendatangkan permusuhan
- Peraturan yang jelas,senang dan mudah difahami
- Penglibatan yang menyeluruh
- Memberikan nilai dan didikan yang berkesan.
Contohnya:
Apakah tindakan anda apabila anda mendapati mimik muka orang yang dilawan bercakap begini? Beri alasannya



terima kasih ilmu izinkan saya kongsi ilmu yang sangat penting bagi seorang pendidik tq
BalasPadamMSTAL: Casino and Sportsbook at JTC - JetXtra
BalasPadamMSTAL: Casino and Sportsbook 밀양 출장샵 at 경산 출장안마 JTC. Use your 의왕 출장샵 JetXtra Plus 인천광역 출장마사지 Rewards Card for 나주 출장샵 access to up to 1,000 daily casino credits and access to up to